Saudara Mazidul, sebernarnya sudah lama saya hendak menceritakan perkara ini. Saya seorang daripada ahli keluarga mangsa terlalu taksub dengan rawatan homeopati. Kakak saya 2 kali keguguran sewaktu mengandung selepas mandi ais yang diwar-warkan oleh perawat.
Saya mula tidak berasa yakin dengan rawatan terbabit selepas melihat taraf pendidikan doktor terbabit, emiritus. Setahu saya sedikita sahaja pemegang status emiritus di malaysia. Kebanyakan info saya dapatdisini
Mereka ini juga mengunakan agama sebagai pelindung aktiviti perbohongan mereka. Saya mendapati mereka menghasut pesakit supaya tidak ke hospital jika sakit dan bergantung sepenuhnya kepada ubatan mereka buat dsebabkan ubatan di hospital diperbuat daripada dadah dan memutar belitkan fakta sehingga ramai tertipu.
Saya harap saudara Mazidul dapat membantu saya mendedahkan maklumat ini sebab ramai tertipu dan dapat juga menolong saya menyelamatkan kakak saya terlalu taksub dengan kaedah perubatan ni.
Journalis Maya: Pening Kepala